31 Julai 2022, merupakan hari terakhir UUMKL berada di MIECC The Mines bagi mempromosikan program-program akademik UUMKL bersempena Hari Koperasi Negara 2022. Terima kasih pihak penganjur untuk inisiatif platfom promosi yang 'engaging' sebegini.
UUMKL turut menerima sijil penghargaan dan penyertaan daripada pihak penganjur dan turut menyampaikan cenderamata dari UUM kepada pihak penganjur melalui Ybrs Prof Madya Dr Ahmad Rizal Mazlan. Terima kasih juga untuk semua staf UUMKL terlibat yang bertungkus lumus bekerjasama dlm sebuah pasukan yang hebat. Tahniah semua!