Aktiviti gotong-royong yang melibatkan semua staf UUMKL & Alam Flora

IMG 20220525 113008 1

Aktiviti gotong-royong yang melibatkan semua staf UUMKL & Alam Flora

Telah berlangsung satu aktiviti gotong-royong yang melibatkan semua staf UUMKL pada 10 Mei 2022. Aktiviti ini dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Ketua Projek, En. Zulhisham bin Ahmad Pison dan diikuti dengan taklimat 5S oleh Pengerusi Jawatankuasa 5S UUMKL, Puan Wan Fatimah Solihah Binti Wan Abdul Halim.
 
Kawasan sasaran yang terlibat adalah ruang aras B2 yang terkesan dengan banjir kilat yang melanda kawasan UUMKL pada bulan lalu, iaitu bilik fail kewangan dan stor simpanan alatan komputer. Aktiviti gotong-royong ini adalah bertujuan untuk menyisih, menyapu dan menyusun semula peralatan yang terdapat di ruangan tersebut.
 
Secara keseluruhannya, aktiviti gotong-royong ini berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 12 tengahari. Program gotong-royong ini diharapkan, selain mengeratkan silaturrahim dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan staf UUMKL, program ini juga dapat menjadikan amalan 5S ini sebagai satu budaya di UUMKL dalam mewujudkan persekitaran tempat kerja kondusif dan selamat kepada semua.
 
picc7