
Suasana promosi UUMKL di MIECC pada hari ini diserikan lagi dengan kehadiran YBrs Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah hadir ke Hari Koperasi Negara 2022 bagi Majlis Serahan MoU diantara Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan Universiti Utara Malaysia dan disaksikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Noh Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Sebelum acara bermula, Prof Haim Hilman Abdullah dan Provos UUMKL, Prof Hassan Abu Bakar telah terlebih dahulu berkunjung ke booth UUM dan UUMKL dan turut memberi kata semangat dan penghargaan kepada staf-staf yang bersungguh-sungguh mempromosikan program-program universiti kepada pengunjung ekspo. Semoga program promosi sebegini mendatangkan impak yang signifikan terhadap jumlah kemasukan pelajar ke UUM, InsyaAllah.