KUNJUNGAN HORMAT UUM KAMPUS KL KE UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)

 UniSZA 1

UUM Kampus KL telah mengadakan kunjungan hormat ke UniSZA pada 14 Julai 2022. Sesi kunjungan ini telah diketuai oleh Pengerusi ‘The 3rd International Conference on Management and Communication’ (ICMC 2023) Prof Madya Dr Ruzita Azmi, dan turut disertai oleh Dekan Akademik, Dr Bidayatul Akmal serta beberapa ahli jawatankuasa ICMC 2023 yang lain.

Delegasi kami telah disambut mesra oleh Dekan Bahasa dan Komunikasi, Prof. Madya Dr. Mohd Nazri bin Latiff Azmi dan juga barisan pensyarah yang terlibat. Tujuan utama kunjungan ini adalah bagi membincangkan kolaborasi dua hala seterusnya mempromosikan program 3rd ICMC 2023 yang bakal diadakan pada Mac tahun hadapan. Terima kasih UniSZA, semoga kerjasama ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak kolaborasi bersama UUMKL pada masa akan datang, InsyaAllah.

UniSZA 2