ICMC UUMKL 2023

ICMC UUMKL 2023

 

Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu bekerjasama menganjurkan Persidangan Antarabangsa Pengurusan dan Komunikasi Ketiga (ICMC 2023).

Persidangan bertemakan "Memperkukuh Tadbir Urus, Meningkatkan Integriti dan Mengemudi Komunikasi untuk Pertumbuhan Berdaya Tahan Masa Hadapan," ini dirasmikan oleh Timbalan SUK Terengganu (Pembangunan), Dato’ Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak di Raia Hotel, Kuala Terengganu pada 1 Mac 2023.

Beliau dalam ucapan perasmiannya berharap program ini akan menjadi batu loncatan kepada agenda pembangunan pendidikan berimpak tinggi di negeri ini.

Katanya, persidangan penting yang dirangka dengan baik ini seiring dengan hasrat untuk mengangkat wacana akademik dalam menangani isu-isu yang berkaitan.

 “Oleh itu saya berharap semua peserta dan penceramah yang menyertai ICMC 2023 ini dapat memainkan peranan untuk menangani isu-isu berkaitan yang bertepatan dengan tema persidangan kali ke-tiga yang dianjurkan ini,” ujarnya lagi.

Berita Penuh : https://kitareporters.com/menara/oQeZ4YJvbp