PROGRAM SENTUHAN KASIH JALANAN

 

IMG 4545

 

UUMKL dengan kerjasama Persatuan Pelajar Siswazah Kampus ini telah Program CSR 'Sentuhan Kasih Jalanan'. Program ini mensasarkan golongan gelandangan yang menjadi penghuni rumah transit gelandangan yang telah di Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah kesihatan, sesi Zumba dan sesi gunting rambut secara percuma. Sesi gunting rambut turut mendapat kerjasama dari Walter College bagi perkhidmatan gunting rambut kepada Penghuni Rumah Transit tersebut.

 

IMG 4545 1 IMG 4624

IMG 4642 2

 

Penghuni menzahirkan rasa gembira dan syukur dengan kunjungan pelajar dan staf UUMKL yang sekaligus menunjukkan masyarakan prihatin dengan mereka dan mereka tidak bersa tersisih walaupun berada di kota Kuala Lumpur.

Program ini berakhir dengan sesi pemberian cenderamata dan jamuan makan tengahari.

ICMC UUMKL 2023

 

Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu bekerjasama menganjurkan Persidangan Antarabangsa Pengurusan dan Komunikasi Ketiga (ICMC 2023).

Persidangan bertemakan "Memperkukuh Tadbir Urus, Meningkatkan Integriti dan Mengemudi Komunikasi untuk Pertumbuhan Berdaya Tahan Masa Hadapan," ini dirasmikan oleh Timbalan SUK Terengganu (Pembangunan), Dato’ Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak di Raia Hotel, Kuala Terengganu pada 1 Mac 2023.

Beliau dalam ucapan perasmiannya berharap program ini akan menjadi batu loncatan kepada agenda pembangunan pendidikan berimpak tinggi di negeri ini.

Katanya, persidangan penting yang dirangka dengan baik ini seiring dengan hasrat untuk mengangkat wacana akademik dalam menangani isu-isu yang berkaitan.

 “Oleh itu saya berharap semua peserta dan penceramah yang menyertai ICMC 2023 ini dapat memainkan peranan untuk menangani isu-isu berkaitan yang bertepatan dengan tema persidangan kali ke-tiga yang dianjurkan ini,” ujarnya lagi.

Berita Penuh : https://kitareporters.com/menara/oQeZ4YJvbp

UUMKL TERIMA 125 PELAJAR BAHARU

uumkl new intake dc222

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima kemasukan seramai 125 pelajar baharu untuk melanjutkan pengajian peringkat pascasiswazah di UUM Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) bagi Semester DC222 (Januari) Sesi 2022/2023.

Daripada jumlah itu, 14 orang merupakan pelajar antarabangsa dari Bangladesh, Nigeria, Somalia, China, Palestin, Republik Gambia, Filipina dan Ghana.

Sesi pendaftaran pelajar telah diadakan secara hibrid yang mana 95 daripadanya hadir secara bersemuka di UUMKL, manakala selebihnya secara atas talian.

Pelajar diberikan taklimat tentang cara pengaktifan portal pelajar, taklimat perpustakaan dan taklimat akademik oleh Dekan Akademik, Dr. Bidayatul Akmal Mustafa Kamil.

Selain itu, mereka juga didedahkan dengan tatacara mengakses portal dan tatacara pendaftaran kursus secara atas talian.

Sementara itu, Provos UUMKL, Prof. Dr. Hassan Abu Bakar mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang terpilih dan menyeru pelajar agar bersama-sama dengan barisan pentadbiran kampus itu dalam memastikan kecemerlangan akademik selari dengan visi dan misi UUM.

Katanya, beliau akan memastikan pelajar mendapat perkhidmatan terbaik sepanjang tempoh pengajian di UUMKL.