English Arabic Malay
Text Size

News & Events - PROGRAM HARI PATRIOTIK

UUMKL ANJUR PROGRAM HARI PATRIOTIK BERSAMA SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH

 UUMKL ANJUR PROGRAM HARI PATRIOTIK BERSAMA SBJK

sbjk

UUM ONLINE: Sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke-60 dan Hari Malaysia, Universiti Utara Malaysia kampus Kuala Lumpur (UUMKL) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Pascasiswazah UUMKL dan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Chow Kit, KL telah menganjurkan program Hari Patriotik, semalam.

Program bertujuan menerapkan semangat patriotisme dan semangat cintakan negara dalam kalangan para pelajar SBJK di samping merapatkan hubungan di antara warga UUMKL dan warga SBJK.

Seramai 130 orang murid dan 10 orang guru SBJK telah hadir bersama Pengetua mereka, En Zulkernai Fauzi bagi menjayakan program tersebut yang diadakan di UUMKL.

Pengetua SBJK, En. Zulkernai dalam ucapannya memuji dan menghargai inisiatif yang diambil oleh UUMKL dan berharap agar hubungan baik dan program yang diadakan itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

"Program seperti ini dapat memupuk hubungan silaturrahim yang erat antara UUMKL dan masyarakat setempat, khususnya warga SBJK dan dapat memberi pendedahan dan pengalaman yang baharu kepada para pelajar tersebut," ujarnya.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan mewarna, kuiz kemerdekaan dan pertandingan melukis poster kemerdekaan untuk pelbagai peringkat umur di antara 5 hingga 19 tahun.