CERAMAH KEBERKATAN REZEKI DAN KEBAHAGIAAN HIDUP (2018, NOVEMBER 7)

UUMKL Online: Kelab Kebajikan dan Rekreasi UUMKL telah menganjurkan program ceramah bertajuk“Keberkatan Rezeki & Kebahagian Hidup” yang disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Sheikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Al Ghonim pada 7 November 2018.

Dalam ceramah tersebut, beliau turut berkongsi ciri-ciri individu yang mendapat keberkatan dalam hidup dan cara untuk mencapai kebahagian. Walaupun disampaikan secara santai dan berjenaka, namun setiap peringatan amat berkesan dalam kehidupan seharian.

Dengan perkongsian ini, semoga semua warga UUMKL dan jemputan dapat mengamalkan sunnah dalam kerja seharian agar ianya menjadi ibadah seterusnya menjadi bekalan akhirat kelak.

Ceramah ini turut dihadiri oleh pelajar Maahad Tahfiz Dhiya Ul Islah, kakitangan Institute for Medical Research (IMR), OYAGSBKL, Uniutama Property Sdn Bhd (UPSB) dan wakil UUM-My Global Asia Centreyang dijemput khas.

 

Connect with us

Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur,
41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
 +6 03 2610 3000
 +6 03 2694 9228
 uumkl@uum.edu.my
 

Newsletter

Enter your email and we'll send you more information

All Rights Reserved. Copyright © 2018 UUM Kuala Lumpur
Best viewed using All Browsers Available with the resolution of 1024 x 768