TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) (2018, NOVEMBER 18)

UUMKL ONLINE: Pada 18 November 2018, satu Forum bertajuk ‘Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR): Implikasi dan Keberkesanannya’ anjuran pelajar-pelajar Ethics, Law and CSR telah diadakan di UUMKL.  

Tetamu jemputan yang juga ahli panel Forum adalah Pn. Siti Hajar Binti Jelani  (Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat), En.Mohd Nasri Bin Nordin (Pengurus Besar, Ronald McDonald House Charity) dan En.Kuan Chee Heng (Pengasas ‘Community Policing Malaysia’). 

Forum ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Akademik UUMKL, Dr. Ahmad Rizal Bin Mazlan. Forum tersebut merupakan salah satu tugasan pelajar dan ianya telah memberikan peluang kepada mereka untuk mendekati pihak yang terlibat secara langsung dalam aktiviti CSR di Malaysia.

Pn. Siti Hajar Jelani di dalam hujahnya berpendapat bahawa CSR adalah suatu usaha yang berterusan dan menyeluruh, ia bukan sahaja tertumpu kepada satu organisasi sahaja, malahan ia boleh bermula dari individu. Hal ini disokong oleh Encik Mohd Nasri Nordin yang turut menyatakan usaha CSRmenguntungkan semua pihak, dimana pengecualian cukai sebanyak 7% diberi kepada sektor korporat oleh pihak kerajaan. Di dalam Forum ini Encik Kuan Chee Heng yang aktif dengan kerja-kerja kebajikan telah mencadangkan supaya beberapa langkah berbentuk peraturan dan undang-undang seperti larangan pengabaian ibu bapa diusulkan kepada pihak kerajaan. Menurut beliau banyak kes ibu bapa diabaikan dan dihantar ke rumah jagaan orang tua oleh anak-anak dan pihak Non-Governmental Organization (NGO) sepertinya akan berusaha untuk mendapatkan sumbangan dari pihak korporat untuk disalurkan kepada pihak yang memerlukan.

 Sebagai penutup majlis, Dr Ahmad Rizal diiringi Prof. Madya Dr Ruzita selaku pensyarah bagi subjek Ethics, Law and CSR telah menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenangan dan penghargaan kepada pihak panel jemputan. Majlis tamat pada 1.30 petang dan disusuli dengan jamuan makan tengah hari di Academia Cafe UUMKL.

 

 

Connect with us

Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur,
41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
 +6 03 2610 3000
 +6 03 2694 9228
 uumkl@uum.edu.my
 

Newsletter

Enter your email and we'll send you more information

All Rights Reserved. Copyright © 2018 UUM Kuala Lumpur
Best viewed using All Browsers Available with the resolution of 1024 x 768