‘Project H.O.P.E’ Di Rumah Kasih Harmoni, Keramat Kuala Lumpur (2019, JANUARI 6)

UUMKL ONLINE: UUM Kuala Lumpur, 6 Januari 2019. Mahasiswa Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam (BPM) Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur telah menjalankan satu aktiviti komuniti yang dipanggil 'Project H.O.P.E' bertempat dia Rumah Kasih Harmoni, AU2 Keramat.

Menurut pengarah projek, Mohd Zaimi Izwan, objektif utama program adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara mahasiswa dengan masyarakat, terutamanya anak-anak dari kalangan asnaf yang kurang bernasib baik dan sentiasa memerlukan bimbingan, perhatian dan kasih sayang. Di samping itu, program seperti ini juga mampu memberi nilai tambah kepada pembentukan sahsiah mahasiswa.

Antara aktiviti termasuk gotong-royong mengemas dan mencerikaan rumah, pemberian wang tunai dan barang-barang keperluan dapur, serta pemberian alat tulis dan mewarna kepada anak-anak di rumah tersebut. Sumbangan telah disampaikan oleh Cik Fazilah Mohd Othman, pensyarah UUNMKL kepada Pengetua Rumah Kasih Harmoni, Puan Rohana Ali.

Tamat

Connect with us

Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur,
41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
 +6 03 2610 3000
 +6 03 2694 9228
 uumkl@uum.edu.my
 

Newsletter

Enter your email and we'll send you more information

All Rights Reserved. Copyright © 2018 UUM Kuala Lumpur
Best viewed using All Browsers Available with the resolution of 1024 x 768