UUMKL TERIMA KUNJUNGAN DARI S.T. ILMU EKONOMI MULTI DATA PALEMBANG (2018, MAC 27)

UUMKL ONLINE:  Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur telah menerima kunjungan delegasi dari Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Multi Data Palembang (STIE MDP) pada 27 Mac 2018.

Delegasi diketuai Puan Charisma Ayu Pramuditha dan turut disertai oleh pensyarah serta 75 pelajar dari STIE MDP.

Kunjungan ke UUMKL bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang lanjutan pengajian siswazah, program keusahawan dan aktiviti kurikulum pelajar.

Kedatangan delegasi ini disambut oleh Dr. Ahmad Rizal Mazlan, memangku Pengarah UUMKL, Prof. Madya Dr. Norlena Hasnan, Timb. Pengarah Akademik dan Prof. Madya Dr. Ruzita Azmi, Penyelaras Program Pasca Siswazah UUMKL serta kakitangan pentadbiran UUMKL.

“Menerusi program seperti ini, kita dapat bertukar pandangan dan idea secara tidak langsung mengeratkan hubungan dua negara” kata Dr. Ahmad Rizal dalam ucapannya.

Sementara itu, Bapak Idham Cholid yang mengiringi pelajar STIE MDP melahirkan rasa gembira kerana berpeluang berkunjung ke UUMKL dalam usaha jalinan kerjasama sekaligus menarik minat pelajar Indonesia melanjutkan pengajian di UUM.

Tamat.

 

 

Connect with us

Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur,
41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
 +6 03 2610 3000
 +6 03 2694 9228
 uumkl@uum.edu.my
 

Newsletter

Enter your email and we'll send you more information

All Rights Reserved. Copyright © 2018 UUM Kuala Lumpur
Best viewed using All Browsers Available with the resolution of 1024 x 768