PROGRAM "MALAYSIAN TRADITIONAL GAMES" (2018, APRIL 14)

UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 14 April 2018 – UUM Kampus Kuala Lumpur dengan usahasama Pusat Bahasa ELECT telah melaksanakan satu projek penjanaan kewangan yang diadakan di UUM Kampus Kuala Lumpur.

Program yang dinamakan “Malaysian Traditional Games” ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar antarabangsa yang sedang mengikuti program Bahasa Inggeris di ELECT dengan permainan tradisi di negara ini. Selain daripada mempelajari budaya dan tradisi masyarakat Malaysia, para pelajar juga berpeluang untuk mengasah kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.  

Peserta program ini terdiri daripada 58 pelajar antarabangsa yang datang dari pelbagai negara iaitu Yemen, Saudi Arabia, Pakistan, Libya, Korea Selatan dan Jepun. Mereka didedahkan dengan permainan traditional rakyat Malaysia yang terkenal iaitu Congkak, Teng Teng, Batu Seremban dan Lompat getah.

Program ini telah berjaya menarik minat para peserta dan mereka amat menyukai kesemua permainan tradisional tersebut. Sedikit sebanyak, program ini memberi pendedahan tentang beberapa aspek kebudayaan Malaysia disamping memberi peluang untuk para peserta berinteraksi di antara satu sama lain.

 Seluruh kakitangan UUM Kampus Kuala Lumpur berganding bahu menjayakan program ini dimana kakitangan pentadbiran dan pensyarah masing masing menunjukkan kerjasama yang baik dan berkesan.

 Penasihat Kelab Kebajikan dan Rekreasi, UUM Kampus Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Rizal B Mazlan, berpendapat program seperti boleh dijadikan aktiviti bulanan. Di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan memperkasa jaringan dengan pihak luar, program seperti ini boleh menjana pendapatan UUM Kampus Kuala Lumpur.

Habis

Connect with us

Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur,
41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
 +6 03 2610 3000
 +6 03 2694 9228
 uumkl@uum.edu.my
 

Newsletter

Enter your email and we'll send you more information

All Rights Reserved. Copyright © 2018 UUM Kuala Lumpur
Best viewed using All Browsers Available with the resolution of 1024 x 768