UUMKL TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI REKTOR DAN PENSYARAH DARI PELBAGAI UNIVERSITI DI INDONESIA (2018, JULAI 4)

UUMKL ONLINE:  Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur telah menerima kunjungan delegasi Rektor dan Pensyarah dari pelbagai Universiti di Indonesia. Antaranya adalah Universitas Islam Negeri Raden Intan Lampung, UIN Syarif Hidayatullah Jakarta, Fakultas Hukum Universitas Lampung, Universitas Bhaynagkara Jakarta Raya, Universitas Trilogi Jakarta, Fakultas Ekonomi Universitas Tarumanagara, STIE IPWIJA, Fakultas Ekonomi dan Bisnis Universitas Mercu Buana, STIE Mitra Lampung, Universitas Widyatama Bandung dan beberapa lagi Universiti di Indonesia.

Delegasi diketuai Prof. Dr. Tulus Suryanto, Ak., CA, CMA dan turut disertai oleh 28 pensyarah dari pelbagai universiti serta diiringi oleh Dr. Nira Hariyatie Hartani dari UUM Sintok.

Kunjungan ke UUMKL bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang lanjutan pengajian siswazah, program kerjasama dan aktiviti pelajar.

Kedatangan delegasi ini disambut oleh Prof. Dr. Shahimi Mohtar, Pengarah UUMKL, Dr. Ahmad Rizal Mazlan, Timbalan Pengarah (Akademik), Dr. Nor Pujawati Md Said, Timbalan Pengarah (Pentadbiran), pensyarah serta kakitangan pentadbiran UUMKL.

“Menerusi program seperti ini, kita dapat bertukar pandangan dan idea secara tidak langsung mengeratkan hubungan antara Universiti” kata Prof Dr. Shahimi dalam ucapannya.

Sementara itu, Prof. Dr. Tulus Suryanto yang mengetuai delegasi ini melahirkan rasa gembira kerana berpeluang berkunjung ke UUMKL dalam usaha jalinan kerjasama sekaligus menarik minat pelajar Indonesia melanjutkan pengajian di UUM.

Tamat.

Connect with us

Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur,
41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
 +6 03 2610 3000
 +6 03 2694 9228
 uumkl@uum.edu.my
 

Newsletter

Enter your email and we'll send you more information

All Rights Reserved. Copyright © 2018 UUM Kuala Lumpur
Best viewed using All Browsers Available with the resolution of 1024 x 768