FORUM TRANSFORMASI KEPIMPINAN (2018, JULAI 29)

UUMKL ONLINE: UUM Kuala Lumpur, 29 Julai 2018 – Mahasiswa Sarjana Pengurusan Awam yang  mengikuti kursus Leadership and Management (GMGM5063)  telah mengadakan satu lagi forum yang bertemakan ‘Transformasi Kepimpinan’. Forum ini telah di adakan di Aras 8, Menara 1, Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur.

Forum ini menyentuh tentang pendekatan transformasi dalam sesebuah organisasi, terutamanya bagaimana transformasi berlaku, menangani transformasi yang wujud, dan kaedah mengekalkan transformasi kepimpinan yang telah dilaksanakan. Antara isu yang dikupas adalah sama ada faktor pendidikan dan sosial mempengaruhi sesuatu gaya kepimpinan.

Ahli panel terdiri daripada Encik Redhauddin Bin Kamaruzaman, Pengurus Besar Operasi, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr. Jasmani Binti Mohd Yunus, Pensyarah Kanan UUMKL, serta  Encik Sawarn Singh a/l Mehar Singh, Pengarah Syarikat Satsaw Resources, yang juga bekas ketua jurutera MAS.

Turut hadir ialah pensyarah kursus, Cik Fazilah Binti Mohd Othman dan mahasiswa Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur.

Connect with us

Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur,
41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
 +6 03 2610 3000
 +6 03 2694 9228
 uumkl@uum.edu.my
 

Newsletter

Enter your email and we'll send you more information

All Rights Reserved. Copyright © 2018 UUM Kuala Lumpur
Best viewed using All Browsers Available with the resolution of 1024 x 768