PROGRAM DIGITAL ENTREPRENEURSHIP OLEH DEWAN PERNIAGAAN MELAYU (DPM) (2018, OGOS 12)

UUMKL ONLINE:  UUM Kuala Lumpur, 12 Ogos 2018, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Dewan) dengan kerjasama UUMKL telah menganjurkan satu program ‘Digital Economy Awareness Series-Our Future in Digital Economy’.  

Seramai 50 peserta di kalangan warga UUMKL yang terdiri daripada  para pelajar, alumni,  dan juga staf telah menghadiri program ini. UUMKL amat berbesar hati kerana program ini ditaja oleh Dewan melalui siri program bertemakan I Am Usahawan, sebagai usaha membangunkan keusahawanan.  Program ini juga merupakan julung kalinya diadakan bersama IPTA.

Program ini telah dikendalikan oleh Encik Hazmin Rahim, Pengarah Pembangunan Perniagaan daripada SAP  Malaysia Sdn. Bhd.  Para peserta didedahkan dengan perkembangan terkini dalam pendekatan dan hala tuju ekonomi digital era IR 4.0.

Program dipengerusikan oleh Cik Fazilah Mohd Othman dan turut disertai oleh pensyarah dan staf UUMKL. Pengarah UUMKL Profesor Dr. Shahimi Mohtar juga berharap program seumpana ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia memberi pengetahuan dan input yang sangat berguna dalam era digital masa kini.

Tamat.

Connect with us

Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur,
41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
 +6 03 2610 3000
 +6 03 2694 9228
 uumkl@uum.edu.my
 

Newsletter

Enter your email and we'll send you more information

All Rights Reserved. Copyright © 2018 UUM Kuala Lumpur
Best viewed using All Browsers Available with the resolution of 1024 x 768