LAWATAN INDUSTRI UUMKL KE PKT LOGISTICS SDN BHD (2018, APRIL 19)

UUMKL ONLINE: Kuala Lumpur - Seramai 25 orang pensyarah dan staf UUM Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) telah mengikuti lawatan industri ke PKT Logistics Group Sdn. Bhd. di Shah Alam pada 19 April 2018 (Khamis) baru-baru ini.

Program yang diilhamkan oleh Pengarah UUMKL, Profesor Dr. Shahimi Mohtar, bertujuan untuk mendedahkan warga UUMKL dengan kaedah pengurusan, budaya kerja dan juga persekitaran PKT Logistics yang unik dan berkesan serta menjadi ikutan banyak organisasi korporat lain di negara ini.

Di dalam sesi 'motivational talk' yang dikendalikan sendiri oleh ketua pegawai eksekutif PKT Logistics, Dato' Michael Tio, beliau menegaskan yang pekerja ialah aset paling utama bagi sesebuah syarikat. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan semua stafnya gembira dan juga sihat. Untuk itu, beliau menyediakan pelbagai kemudahan seperti pantri, gymnasium, spa, kerusi urut, dan lain-lain lagi untuk memastikan semua staf PKT Logistics sentiasa gembira, ceria dan sihat. Dato' Michael Tio juga adalah Profesor Adjunct di Pusat Pengajian Pengurusan Pengangkutan dan Logistik di UUM. 

Staf UUMKL turut dibawa melawat ke kawasan gudang utama dan juga ke beberapa bahagian operasi PKT Logistics untuk melihat dengan lebih dekat pengurusan dan pentadbiran organisasi syarikat tersebut. Secara keseluruhannya, semua staf amat berpuashati dengan lawatan ini dan mengakui banyak yang boleh dipelajari dan diteladani dari PKT Logistics. Lawatan ini juga mengukuhkan lagi hubungan erat di antara UUM dengan industri.

Connect with us

Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur,
41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
 +6 03 2610 3000
 +6 03 2694 9228
 uumkl@uum.edu.my
 

Newsletter

Enter your email and we'll send you more information

All Rights Reserved. Copyright © 2018 UUM Kuala Lumpur
Best viewed using All Browsers Available with the resolution of 1024 x 768