KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITY OF TSUKUBA, JEPUN KE UUMKL LUASKAN JARINGAN KERJASAMA (2019, APRIL 15)

UUM ONLINE: UUMKL telah menerima kunjungan hormat delegasi University of Tsukuba, Jepun yang diketuai Dr. Ryosuke Ohniwa, baru-baru ini.

Kunjungan tersebut bertujuan mengadakan perbincangan berkaitan kerjasama antara UUM dan University of Tsukuba dan ia telah diketuai Pengarah Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan, Prof. Madya Dr. Hijattulah Abdul Jabbar bersama Pengarah UUMKL, Prof. Dr. Shahimi Mohtar; Pengarah Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa, Prof. Madya Dr. Mohamad Farizal Rajemi; Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUMKL, Dr. Pujawati Md Said, Timbalan Pengarah Akademik UUMKL, Prof. Madya Dr. Norlena Hasnan dan pegawai kanan UUMKL.

Dalam perbincangan tersebut, delegasi University of Tsukuba melahirkan hasrat untuk mengadakan jalinan usahasama dengan UUM yang akan dimulakan dengan penawaran kursus di UUMKL, sekali gus melebarkan sayap ke kampus induk UUM di Sintok.

Di samping itu, pihak University of Tsukuba juga berharap kolaborasi itu dapat membuka ruang dan minda berkaitan silang budaya antara Malaysia dan Jepun.

Kemudian, mereka dibawa melawat ke sekitar UUMKL termasuk bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, bilik mesyuarat dan juga kafeteria, malah UUMKL juga berbesar hati menawarkan kepelbagaian kemudahan di sini untuk kerjasama antara benua itu.

Hadir sama Penasihat dan Penyelidik dari Kedutaan Jepun di Malaysia, Simon Kubota dan pegawai khas dari Dream Edge, Kuala Lumpur.

Connect with us

Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur,
41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
 +6 03 2610 3000
 +6 03 2694 9228
 uumkl@uum.edu.my
 

Newsletter

Enter your email and we'll send you more information

All Rights Reserved. Copyright © 2018 UUM Kuala Lumpur
Best viewed using All Browsers Available with the resolution of 1024 x 768