UUMKL TERIMA 141 PELAJAR BAHARU SEMESTER DC191 (SEPTEMBER) SESI 2019/2020 (2019, SEPTEMBER 10)

UUM ONLINE: Seramai 141 pelajar baharu telah ditawarkan melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur bagi Semester DC191 (September) Sesi 2019/2020, baru-baru ini.

Sesi pendaftaran dimulakan dengan aluan Pengarah UUMKL, Prof. Dr. Shahimi Mohtar, diikuti taklimat perpustakaan dan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Selain itu, pelajar turut didedahkan dengan tatacara mengakses portal pelajar dan prosedur pendaftaran kursus secara online dalam usaha memperkenalkan pembelajaran secara atas talian kepada pelajar.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Akademik, Prof. Madya Dr. Norlena Hasnan; Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Nor Pujawati Md Said; pengurus program dan pensyarah serta kakitangan pentadbiran UUMKL.

Connect with us

Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur,
41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
 +6 03 2610 3000
 +6 03 2694 9228
 uumkl@uum.edu.my
 

Newsletter

Enter your email and we'll send you more information

All Rights Reserved. Copyright © 2018 UUM Kuala Lumpur
Best viewed using All Browsers Available with the resolution of 1024 x 768