104 PELAJAR BAHARU MENDAFTAR DI UUMKL (2020, JANUARI 9)

UUM ONLINE: Seramai 104 pelajar baharu telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian peringkat pasca siswazah bagi Semester DC192 (Januari) Sesi 2019/2020 di UUM Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jumlah ini termasuk dua program baharu di kampus ini iaitu MSc (Risk Management) dan MSc (International Accounting).

Sesi pendaftaran dimulakan dengan taklimat pengaktifan portal pelajar, taklimat perpustakaan, taklimat akademik dan taklimat Hal Ehwal Pelajar.

Pelajar juga turut didedahkan dengan tatacara mengakses portal dan tatacara pendaftaran kursus secara online melalui telefon bimbit masing–masing dalam usaha memperkenalkan pembelajaran secara atas talian kepada pelajar.

Pengarah UUMKL, Prof. Dr. Shahimi Mohtar mengucapkan tahniah kepada pelajar yang telah memilih UUMKL dan berharap pelajar dapat bersama-sama dengan barisan pentadbiran kampus untuk memastikan kecemerlangan akademik selari dengan visi dan misi UUMKL.

Menurutnya, UUMKL bertekad memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang tempoh pengajian pelajar di kampus ini.

Sesi pendaftaran kali ini turut diselitkan dengan slot motivasi yang disampaikan oleh Felo UUMKL, Mohd Azhar Abu Bakar atau Azmeer.

Connect with us

Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur,
41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
 +6 03 2610 3000
 +6 03 2694 9228
 uumkl@uum.edu.my
 

Newsletter

Enter your email and we'll send you more information

All Rights Reserved. Copyright © 2018 UUM Kuala Lumpur
Best viewed using All Browsers Available with the resolution of 1024 x 768