UUMKL TERBUKA TERIMA CADANGAN DEMI PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) sedia menerima cadangan dan pandangan demi penambahbaikan perkhidmatan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di UUMKL.

Provos, Prof. Dr. Shahimi Mohtar berkata, UUMKL sentiasa inginkan yang terbaik untuk pelajar-pelajarnya dan beliau melihat kepentingan untuk mengadakan sesi pertemuan dan penerangan bersama pelajar walaupun secara atas talian (online).

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat pendaftaran pelajar baharu semester September (DC201) yang diadakan secara online sepenuhnya, semalam.

Seramai 127 pelajar baharu telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana di UUMKL dan daripada jumlah itu, 13 pelajar adalah dari Nigeria, Filipina, Indonesia, Bangladesh, Thailand, Somalia, Bosnia dan China.

Antara program yang ditawarkan adalah Sarjana Pengurusan Sumber Manusia, Sarjana Sains (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan), Sarjana Kewangan dan Perbankan Islam, Sarjana Sains (Teknologi Maklumat), Sarjana Sains (Komunikasi Kepengurusan), Sarjana Pengurusan Awam, Sarjana Undang-undang dan Sarjana Sains (Perniagaan Antarabangsa).

Sesi pendaftaran secara online itu turut disertai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak yang merupakan Profesor di UUMKL.

Beliau berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang dalam usaha bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk memperkenalkan pelan internet yang berpatutan kepada pelajar bagi kegunaan kuliah secara atas talian.

“KPT juga telah mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) bagi menaik taraf 800 pusat intenet sedia ada di seluruh Malaysia.

“Pelajar juga perlu sentiasa memotivasikan diri dan cuba untuk reskilling and upskilling sebagai persediaan peningkatan kualiti pekerjaan selepas tamat pengajian nanti,” katanya menerusi slot motivasi.

Turut diadakan sesi taklimat hal ehwal akademik dan hal ehwal pelajar, selain  mereka didedahkan dengan tatacara mengakses portal pelajar, prosedur pendaftaran kursus dan penggunaan khidmat perpustakaan secara atas talian.

Connect with us

Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur,
41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
 +6 03 2610 3000
 +6 03 2694 9228
 uumkl@uum.edu.my
 

Newsletter

Enter your email and we'll send you more information

All Rights Reserved. Copyright © 2018 UUM Kuala Lumpur
Best viewed using All Browsers Available with the resolution of 1024 x 768