UUM KAMPUS KUALA LUMPUR PUPUK BUDAYA ‘KAYA HATI’

Kuala Lumpur - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang dirasai ahli Kelab Kebajikan dan Rekreasi UUM Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) yang melihat kedaifan keluarga di sekitar Chow Kit.

Prihatin dengan nasib mereka yang memerlukan, Kelab Kebajikan dan Rekreasi UUMKL diketuai Ketua Jabatan Program Sastera dan Sains, Dr. Chan Cheong Chong telah menyantuni keluarga terlibat.

Dr. Chan berkata, tergerak hati untuk meringankan beban keluarga daif itu, mereka telah turun padang menyampaikan sumbangan berupa makanan dan barangan penjagaan kebersihan kepada kanak-kanak melalui Yayasan Chow Kit.  

“Program ini merupakan jalinan kerjasama antara pihak universiti dengan Yayasan Chow Kit  bagi membantu mereka yang memerlukan dalam menghadapi cabaran semasa.

“UUM Kampus Kuala Lumpur berbesar hati dengan penglibatan semua staf yang menghulurkan sumbangan dalam bentuk tenaga, wang ringgit dan masa bagi menjayakan program ini,” katanya.

Yayasan Chow Kit adalah pusat krisis dan drop-in 24 jam yang menyediakan makanan, aktiviti, terapi, pengurusan kes, dan program pendidikan untuk kanak-kanak dan remaja berisiko di sekitar Chow Kit.

Selain itu, Yayasan Chow Kit turut menyediakan perkhidmatan sokongan terdiri daripada pendidikan, kaunseling, pekerjaan, tempat tinggal dan tempat asuhan kepada mereka yang memerlukan.

 

Connect with us

Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur,
41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
 +6 03 2610 3000
 +6 03 2694 9228
 uumkl@uum.edu.my
 

Newsletter

Enter your email and we'll send you more information

All Rights Reserved. Copyright © 2018 UUM Kuala Lumpur
Best viewed using All Browsers Available with the resolution of 1024 x 768