PELAJAR BAHARU TERIMA TAKLIMAT SECARA MAYA

UUM ONLINE: Taklimat pendaftaran pelajar baharu UUM Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) telah dijalankan secara dalam talian (online), baru-baru ini.

Bagi semester ini, seramai 122 pelajar baharu telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana di UUMKL termasuk 25 pelajar antarabangsa dari China, Nigeria, Indonesia, Bangladesh, Thailand dan Somalia.

 

Antara program yang ditawarkan seperti Sarjana Pengurusan Sumber Manusia, Sarjana Sains (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan), Sarjana Kewangan dan Perbankan Islam, Sarjana Sains (Teknologi Maklumat), Sarjana Sains (Komunikasi Kepengurusan), Sarjana Pengurusan Awam, Sarjana Undang-undang dan Sarjana Sains (Perniagaan Antarabangsa).

 

Provos UUMKL, Prof. Dr. Hassan Abu Bakar berkata, UUMKL sentiasa terbuka menerima cadangan penambahbaikan dan sentiasa bersedia memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar.

 

“Pihak pengurusan juga melihat kepentingan untuk mengadakan sesi pertemuan dan penerangan bersama pelajar walaupun secara dalam talian dan berharap agar dapat berjumpa dengan semua pelajar setelah berakhir pandemik Covid-19,” katanya.

 

Selain itu, pelajar turut diberikan taklimat hal ehwal akademik dan hal ehwal pelajar, tatacara mengakses portal, prosedur pendaftaran kursus dan penggunaan khidmat perpustakaan secara online.

 

Taklimat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut diadakan pada sesi akhir program yang disampaikan oleh Pengurus Kanan Cawangan PTPTN Kuala Lumpur.

Connect with us

Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur,
41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur.
 +6 03 2610 3000
 +6 03 2694 9228
 uumkl@uum.edu.my

Newsletter

Enter your email and we'll send you more information

All Rights Reserved. Copyright © 2018 UUM Kuala Lumpur
Best viewed using All Browsers Available with the resolution of 1024 x 768